Monday, March 9, 2009

Institut Tahfiz Bintulu ( ITB )

"Sarawak sudah menerima Islam sejak awal abad ke15 lagi, iaitu pada zaman Kesultanan Brunei yang memerintah hampir keseluruhan bahagian Barat dan Utara Borneo.
Institut Tahfiz Bintulu (ITB)
"Sarawak sudah menerima Islam sejak awal abad ke15 lagi, iaitu pada zaman Kesultanan Brunei yang memerintah hampir keseluruhan bahagian Barat dan Utara Borneo.

Walaupun sudah beratus tahun Islam telah bertapak di sini tetapi institusi pendidikan tradisional seperti sekolah pondok seperti yang ada di Semenanjung dan pasentren di Indonesia, tidak tumbuh seperti yang sepatutnya.

Kemungkinan pengaruh Rajah Putih Brooke yang memerintah Sarawak dari 1842 sehinga 1946, adalah terlalu kuat sehingga evolusi pendidikan Islam terbantut. Sebaliknya Sekolah Missionary pula tumbuh macam cendawan di serata Sarawak.

Hasil program pendidikan dan kebajikan yang berterusan oleh pihak gereja, agama Kristian menjadi satu agama besar di bumi Sarawak. Dari zaman Brooke lagi, mubaligh2 Kristian tidak putus-putus berkampung di kawasan pendalaman. Orang-orang Pribumi Sarawak diuliti dengan program welfare gereja dan anak-anak mereka diajar tentang agama Kristian di sekolah2 missionary. Sidang Injil Borneo (SIB) yang lahir dari mazhab Avenglical bergiat cergas di kalangan kaun-kaum Orang Ulu (Kelabit, Kenyah, Kayan, Punan, Penan dll). Bermula dengan hanya 3, 4 orang pada tahun 70an, kini hampir semua Orang Ulu adalah Kristian.

Pada masayang sama agama Islam hanya tertumpu di kalangan masyarakat Melayu. Mungkin asakan dari pengembangan Kristian di sekeliling, Islam jadi terhadang di kawasan majoriti Melayu dan sebahagian masyarakat Melanau sahaja. Sistem pendidikan Islam tradisional hanya berkisar pada pembelajaran membaca al Quran sahaja. Sistem Pondok tidak wujud di Sarawak. Olehitu tidak ada ulama besar lahir di sini. Tidak seperti di semenanjung, kita ada Tok Kenali, Tuan Tulis, Al Fatani dll. Begitu juga di Pulau Jawa, Indonesia telah lahir ulamak Wali Songo.

Samada perwujudan sistem pendidikan Islam disekat atau memang tidak ada individu yang sanggup menubuhkannya, tidaklah diketahui. Penyelikan yang rinci perlu dilakukan untuk menyiasat kenapa sistem pondok atau pasentran tidak tumbuh di Sarawak.

Pemahaman mengenai Islam penduduk setempat yang mempunyai sekolah pondok biasanya lebih tinggi berbanding dari tempat-tempat yang tiada sekolah pondok. Sebagai contoh, kita lihat di Champa (komboja/Laos/Vietnam), masyarakat Islam di sana terpelihara budaya Islamnya walau dihimpit oleh ideologi komunis dan Budha/Hindu, kerana di sana, sistem pondoknya subur.

Mungkin sebab yang lain adalah para Pemimpin Islam yang tidak bersungguh untuk menyebarkan syiar Islam. Jabatan Agama Islam misalnya terlalu lesu sehingga banyak kebajikan Islam terabai. Orang politik Melayu/Islam lebih gemar mengumpul harta dari mengumpul saudara (baru) Islam. Entah apa yang merasuk, mereka hanya sibuk dengan projek balak dan menjarah kantung negeri.

Walaubagaimanapun satu ketika dulu, ada usaha untuk membina madrasah tahfiz di Kuching di bawah kelolaan orang politik tetapi usaha itu tidak berapa menjadi kerana ia menjadi medan percaturan politik daripada mendaulatkan sistem pendidikan Islam. Akhirnya madrasah entah ke mana, program tahfiz entah ke mana.

Walaupun begitu kesedaran bahawa asakan dari program kristianisasi yang mengancam kesinambungan Islam di Sarawak tetap ada. Bermula dari kesedaran ini, tidak berapa lama dahulu, sekumpulan professional muda muslim di Bintulu bertekad untuk mendirikan sebuah "Sekolah Pondok Moden" di Bintulu bagi melahirankan ulama yang dapat membela Islam.

Maka pada tahun 2004 telah ditubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memikir, merencana dan membuahkan satu institusi tempatan yang akan melahirkan ulama yang hafaz al Quran serta berilmu modeni. Hasil titik peluh dan pengorbanan para pelopor Islam tempatan, maka akhirnya pada 10 Januari 2009 Institut Tahfiz Bintulu (ITB) berjaya dibuka dengan pengambilan 12 orang pelajar pertama. Di samping program sepenuh masa yang dilalui oleh 12 pelajar tersebut, ITB juga membuka kursus hafiz tidak sepenuh masa bagi mereka yang berminat.

Program Tahfiz (sepenuh masa) adalah selama 3 tahun, yang akan menjana lahirnya para hufaz dari institusi tempatan. Selepas 3 tahun para pelajar ini akan mula belajar kilmu-ilmu Islami dan juga ilmu-ilmu akademik yang lain termasuk pembelajaran komputer. Mereka akan disediakan untuk mengambil pepriksaan SPM pada tahun ke-5. Di akhir program ITB itu nanti akan lahirlah para ulama Islam yang bukan sahaja hafaz al Quran bahkan mempunyai kemahiran ilmu-ilmu dunia juga.

Marlah kita sama-sama doakan agar ITB akan berjaya dan cemerlang dalam mengeluarkan para ulama yang lahir dari bumi Sarawak, yang akan melebarkan hidayah Allah ke seluruh pelusuk bumi Kenyalang. Amin.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj Yaacop melalui: Email Tn Hj Yaacop



Sheikh Sambal.
Visit the SHEIKH SAMBAL
MIRI OIL TOWN, SARAWAK, MALAYSIA

Dilulus terbit pada Thursday, January 22 @ 21:30:00 MYT oleh TokBatin

Oleh abanglobai

1 comments:

Unknown said...

bagaimana nak daftar masuk ke
Institut Tahfiz Bintulu ( ITB )?
apakah syarat kemasukannya?

Post a Comment